Semalam, balik keje, aku bawak Comel pergi shopping kat aeon big. Hasrat hati nak beli sayur.
Lepas selesai shopping tu, aku ajak Comel balik rumah terus. Rancangannya nak masak sayur yang baru beli nih, nampak menyelerakan.
Aku bawak plastik2 beg shopping tadi masuk kereta. Hidupkan enjin & buka pek kecik twisties, macam biasa yang nih untuk Comel. Tekun jek dia menunggu aku. Pek yang kedua untuk aku.
Lepas 2 3 kali suap kitorang bertolak balik rumah. Perjalanan lancar wpun banyak kereta.
Dalam kunyah2 tu aku terasa, pedas jugak twisties nih, takde la pedas sangat, peppery pedas.
Selalu kalo aku cakap satu makanan tu pedas, konfem Comel takkan makan. Tapi dah nama budak & jajan, mana boleh tolak kan?
Aku tengok dia ok jek mengunyah, sekali sekala menyedut air kotak soya bean yang aku dapat masa mesyuarat sebelum balik kerja tu.
Aku pun tanya Comel, "Sayang, tak rasa pedas ke? Mummy rasa macam pedas2 sikit la."
Comel masih lagi mengunyah, kemudian dia jawab, "Maybe".
Adoi la anak, maybe la pulak yer, hehe...
No comments:
Post a Comment