Nuffnang Ads

Saturday, November 29, 2014

Coffee scrub

Besh pulak coffee scrub nih, lepas minum tenyeh kat muka...

Urut

Kelmarin, lepas berurut tu kan, aku terfikir, berminggu-minggu aku tahan sakit badan nih, akhirnya dapat jugak berurut. Orang yang takde duit, takde masa tu camne eh? Telan panadol kah?

Kalo gi jumpa doktor pun, dia akan bagi krim/minyak panas & paracetamol, mc sehari. Kalo kita yang bekerja nih, boleh la letak anak kat pengasuh & rehat2 kat rumah, kalo suri rumah macam mana pulak?

Dah la kat tv pon iklan panadol, sakit pinggang makan panadol, lenguh sana lenguh sini makan panadol. Siap ada versi baru ubat yang lebih efektif & tak mengganggu perut katanya, boleh makan terus ubat tu tanpa amik sebarang meal sebelumnya.

Lepas mengurut tu jugak aku terfikir, kesian suri rumah yang tak berkesempatan nak pergi berurut untuk betulkan urat2 yang bersimpul, nak legakan lenguh2 & sengal2, macam mak aku.

Bonda aku overweight, tapi dia jenis celik mata jek buat keje rumah sampai la ke malam. Rumah kitorang takde la perfect sangat sebab Bonda bukan jenis berhias, but it works as a home. Selagi ada rezeki Bonda akan memasak. Bila dah siap kerja dia akan melepak depan tv. She's not the lazy type, she handles her job well, between her chores & sewing baju kurung.

Dan rajin jugak dia lenguh bahu, mintak Abah picit, kitorang picit ke. Masa tu aku tak faham erti lenguh sengal, muda lagi la katakan.

Aku berurut pun kali pertama masa sebelum mengandungkan Comel, aku rasa peranakan aku turun sikit, sebab banyak angkat barang berat2. Masa tu rasa ok jugak, sakit la mostly, tapi takde la addicted. Makcik tu mengurut kat JB, guna teknik reflexology, siap ada sijil dari UTM kalo tak silap aku.

Rezeki dari Allah & mengurut & makan Maajun Bondaku, aku mengandung tak lama lepas tu. Mungkin juga berurut tu betulkan urat saraf aku kot, boleh mengandungi, apa2 kuasa Allah juga kan?

Lepas bersalinkan Comel, Bonda kata dia lepas bersalin jek terus nak berurut sebab sakit badan katanya. Tapi aku takde la rasa sakit badan, lebih kepada bengkak susu, adoi sakitnya Allah jek yang tau.

Jadik aku panggil Kak Zila bekas nurse yang sangat mahir mengurut, tangas, tungku, mandi herba/bunga & uruskan baby, dapat rekomen dari kawan aku. Dia datang hari ke-3 aku berpantang tu. Akak tu memang sempoi, bawak motor cup dengan bawak baldi & bangku kecik & segala barang & peralatan dia, & sebab tu jugak dia tokleh travel jauh2. Subhanallah alhamdulillah, betapa leganya dapat urut. Susu aku pun bertambah lancar.

Dia datang kendian selepas seminggu. Kak Zila kata urut selepas bersalin kena tunggu sekurang-kurangnya 5 hari, so pendapat Bonda adalah tidak valid sama sekali, hahaha ya ampun.

Masa berurut dengan Kak Zila la baru aku tau langit tinggi rendah, mak aih besh giller dia urut. Hari pertama menggelitik aku tahan sakit, hari ketiga dah besh. Penutupnya selepas habis pantang, mandi bunga, harum semerbak satu rumah bau bunga.

Memang besh, aku turun berat badan banyak sangat. Berat aku lebih ringan dari sebelum aku kawen, sayang aku tak reti nak jaga. Bayangkan, tu baru 5 kali urut.

Sejak tu aku lebih kurang addicted la jugak, dapat berurut jek la pun dah cukup, takde la sampai nak bertangas, tungku, mandi2 bagai.

So kelmarin aku pergi dengan kawan aku juga seorang blogger, Nova Leeza. Dia yang rekomen aku Manjakaki kat Ampang Point nih. Dah la sampai ofis lambat, ada meeting pulak tu, adoi la, nasib baik boss baru tak jadik datang last minute tu.

Itu la, aku yang keje, bukan la suri rumah sepenuh masa, pun lenguh2 sengal2 badan. Bayangkan suri rumah pulak. I strongly believe & suggest all housewives should take a day in a month to pamper themselve, fully sponsored by husband la of course. Pergi la spa, berurut, lulur, etc, pastu jalan2, makan2. Overhaul badan lebih kurang, barulah service tip top, if you know what I mean, haha.

Well, ke arah hidup lebih sihat!

Friday, November 28, 2014

Mekap clearance sale

Clearance sale kelmarin kat Aeon Big Wangsa Maju, produk Silky Girl & Revlon.

Kecuali Body Shop body butter tu jek, dapat free dengan majalah Women's Weekly. 

Sebab murah, macam menggila la membeli, haha. Yang dah cuba satu jek, Colorstay Whipped. Memang besh, senang rata, takyah pakai moisturiser. Pastu muka pun tak berminyak sangat. Pakai camtu jek pon boleh.

Friday, November 21, 2014

10 loop bow

Asalnya aku amik tutorial kat sini, 6 loop hair bow:
http://www.theribbonretreat.com/Catalog/how-to-make-a-six-loop-hair-bow.aspx

Tapi aku ejas jadik 10 loops & pakai satiny plastic ribbon lebar 3cm nih sebab aku nak dia glossy & boleh buat curl. Ribbons nih nak guna untuk hias hadiah cabutan bertuah dinner malam nih.

Ribbons kaler coral & pink. Asalnya nak buat 2 layer, tapi tak sesuai pulak.

Rujuk tutorial kat http://www.theribbonretreat.com/Catalog/how-to-make-a-six-loop-hair-bow.aspx
Tapi aku extend sampai kiraan 11 & 5 inci gap. 

Ikut macam tutorial tu & kemaskan, benang jangan potong dulu. 

Buat satu loop kecik... 

... & letak kat bahagian depan, aku tetapkan guna benang tadi. 

Untuk jurai2, potong ribbon 11 inci & lipat 2. 

Tetapkan kat bahagian belakang 10 loop tadi. Untuk lebih kuat, sebab ribbon plastik nih senang kotak kan, aku stapler semua layer. 

Ribbon jurai tadi strip kepada 2 atau 3, yang strip tengah2 tu boleh guna untuk ikat kepada hadiah. 

& lurut dengan sisi gunting sampai jadi curl gini. Ribbon jenis nih senang nak buat curl. 

Finished product. Dengan modal RM4 untuk 2 ribbon (RM2 untuk 1 ribbon), boleh dapat sehingga 12 ribbons. Murah kan? 

Wednesday, November 19, 2014

Goodies bag

Alhamdulillah, setiap tahun tak pernah miss goodies bag sempena hari lahir Comel.

Monday, November 17, 2014

Tido kuar

Tetiba kene tido kuar ke? Mummy amik bantal jek, dia pulak hangkut lagi bantal & selimut.

Boleh ke buat campur dalam susu

Tadi tanya doktor, boleh bagi ke ubat dalam susu. Katanya bagi direct terus, muka dia macam pelik jek.

Balik tu, macam biasa aku rasa la ubat tu dulu, tak sedap. Alangkan ubat yang manis2 sedap pon anak aku boleh muntah, nih kan pulak jenis rasa pahit2 menyengit wpun ada sikit2 macam fanta. Sib baik 3.5ml jek, boh jek la dalam susu.

Alhamdulillah, tengok tadi dia kahak cair dah. Kalo tak kesian pulak dia batuk2 tapi kahak takmo keluar. Lenguh dah aku nak menepuk dia, haha. Tapi sedap kot dia kene tepuk, esek bangun tido lambat jek, sedap betul tido.

Comel macam biasa la, mengah pon mengah jugak, tapi aktif kemain. Aku simpan mainan lasak2, bagi buku & tea party set jek. Doktor pon tak percaya dia astma, haha, adoi la anak.

Kawan2 & sedara mara, tolong doakan anak saya sihat ya. Jaga2 juga yer, doktor kata musim astma sekarang nih.

Sunday, November 16, 2014

Buku baru lagi da

Ok, Mummy memang simpan banyak buku untuk Comel.

Weekend yang memerap di rumah

Kesian baby nih esek dok umah jek, sib baik Mummy suka simpan mainan, nah another birthday gift for you.
Tea party katanya.
Nanti Mummy buatkan kabinet dapur yer, pakai kotak kadbod.
Nih sblom tido, she set it up herself. Mummy so proud of you, baby. 

Friday, November 14, 2014

Pelik

Pelik pulak zaman sekarang, orang yang solat pulak kena bagi penjelasan...

Thursday, November 13, 2014

Dinner senang punya...

Senang sangat & tak banyak bahan.

Spaghetti, salami, broccoli, cheddar cheese and herbs&spices.

Dah sampai rumah tadi, aku perasan yang aku tertinggal henpon kat kereta. Malas la pulak nak turun, jadi aku terus la memasak. 

Dah habis masak tu tetiba terperasaan la yang masakan aku nih macam mempesonakan la pulak. Amik gambo besh nih. Tapi tu la, henpon dalam kete. 

Memandang masakan masih panas lagi, aku pun turun la amik henpon dalam kete. 

Dalam kete tu, aku carik la henpon, rupanya terjatuh kat lantai belah passenger. Mesti aku nak masukkan dalam beg, tapi tersalah masuk. 

Aku pon capai & amik henpon. Dalam samar2 tu aku perasan beg plastik, apa pulak nih? Owh, air pearl milk tea untuk Comel & strawberry pudding untuk aku yang aku aku beli kat Chatime balik keje tadi. Alhamdulillah, syukur, ada hikmah di sebalik kejadian. 

Memang aku terlupa habis la air2 tu. Isk, lalai beno aku nih. Cara Allah nak mengingatkan aku nih, aku betul2 tersentuh hati. Memang comel minat pearl milk tea nih, aku beli spesel no ice untuk dia & tunggu hari Khamis untuk harga diskaun. Kalo terlupa abes nih jawabnya esok la baru sedar, dah terlambat pon by that time. 

Alhamdulillah, syukur ya Allah. 

Ok, sebenarnya banyak petunjuk Allah dah bagi aku. Tapi yang nih seronok banyak nak share. Yang lenlain tu simpanan peribadi jek la, takut mengaibkan orang & buat orang pandang serong pulak. 

Mummy punya... 

Comel punya... 

Sunday, November 9, 2014

Sweet dreams

Good night & sweet dreams, baby...

Happy birthday my love

Haha, jadik la chocolate ice cream cake. Nanti kita cuti2 kat tempat yang paling Comel minat, with beach, sand & swimming pool, insyaa Allah.

3 tahun lepas, Mummy dah kat dalam labour room masa nih. It was a pleasure squeezing you out, haha.

Happy 3rd birthday, dear.

And happy birthday to my dear Noor too. May Allah bless you, dear.

Ernie the Eye Monster by Sam Llyod.
One of the many books for the birthday girl. We spent almost an hour laughing & giggling with the book.

Comel faham cerita & dapat respon dengan sangat baik, so proud of you. She loves the little yellow monster.

Let's Go To Work.
She loves the second book too, Mummy so happy.

More books to come, dear.

Friday, November 7, 2014

Hadiah dah sampai

I love contests, from magazines & online too.

Aku menang macam2, pernah menang hamper, vouchers, skII, syampu & conditioner, shower gel & scrub, satu set hello kitty circus, shiseido lipstick, apa ntah lagi.

Kali nih aku menang Lipice dalam LipIce fb contest. I've been a fan of lipice for 10 years kot. Paling minat sheer color changeable, menang yang nih pulak tu & dapat color gloss jugak, yang nih pon aku dah cuba sblom nih.

Happy happy, tq so much LipIce 💖

Sunday, November 2, 2014

Duit palsu

Tatau la apa kes, sengaja oakai duit palsu atau tak sengaja. Tapi kalo dah berkeping2 duit mungkin sengaja la kot, wallahua'lam.

Cerita pasal duit palsu nih, satu masa dulu masa hilang tablet Mysarah kat Aeon Big wangsa maju, kat bilik guard tu, ada seorang cashier pompuan muda buat aduan. Dia dapat sekeping RM50 duit palsu. Dorang nak tengok cctv, tapi cashier tu tak berapa ingat customer yang disyaki, cuma ingat lelaki jek.

Rupa2nya polisi situ, salah cashier kalo terima duit palsu, kena tolak gaji la. Kesian tengok budak tu, besar RM50 tu. Aku pon macam pelik la, sebab mesin uv tak disediakan untuk setiap cashier.

So this is serious sebab melibatkan pendapatan orang. Tapi aku tatau la hukuman yang diberikan tu setimpal atau tidak. Ada lagi jenayah lagi besar tapi penjenayah tu kaya boleh jek bayar ganti rugi, boleh duduk penjara sambil main game. Wallahua'lam.

Saturday, November 1, 2014

Bring on the nasik minyak!

Majlis kawen anak Pn Fabilah kat Dewan Taman Seri Keramat, dekat sangat dengan rumah.
Kebetulan duduk pulak semeja dengan Kak Wan Nurul, exbpm. Alahai, aku nih jenis tak ingat nama orang, tapi Kak Wan yang lagi tua dari aku tu pulak yang ingin, ya ampun.
Kami dok situ lama. Makan nasik, aku habiskan nasik Comel. Pastu makan soto. Comel topup choki choki. Alhamdulillah, kenyang.
Mak pengantin berseri2, tak ubah camtu la dia sejak mula kenal. Terima kasih kepada pengantin sekeluarga. Semoga kalian beroleh kebahagiaan bersama2 hingga ke syurga, amiin.

The new fish bowl

Beli kedai RM5 jek ;p

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...