Nuffnang Ads

Thursday, September 25, 2014

Irish crochet

Tak clear sangat kan? One of my old work. 

Jawi in 10 seconds

Cukup2 jek, huhu... 

Penggunaan add math dalam crochet

Haha, takde la add math pon, math biasa jek cuma brackets tu jek yang bagi gempak, menurut empunya formula nih. 

Aku pon lom cuba lagi, lagipun dah lama sangat nih tak pegang hook. Tengok la nanti camne eh.

 

I'm a generous mother

http://en.what-character-are-you.com/m/en/327/index/1757.html?utm_source=Facebook&utm_medium=desktop&utm_campaign=trafficcheck

Kuiz nih ke depan sangat, anak aku pon baru jek nak masuk 3 tahun. Tapi tak dinafikan yang aku suka sangat beli barang untuk anak; baju,  mainan makanan.

Bab education pulak, aku tak nak stress anak dengan upsr, pmr, atau apa la yang setaraf. Spm ok sebab bak masuk universiti kan. Itu pun kalo dia nak masuk universiti la.

Biar jek la dia main & belajar dari bermain tu. Macam Comel aku takde pon nak soh dia duduk & belajar abc 123, tapi dia pick up sendiri sambil tengok tv, nyanyi2. Semalam pun dia dok mengira 1-20 sambil naik tangga, ada la skip beberapa nombor selepas 12 tu, tapi ok la, terharu mak 😙

Cuma aku leh nampak aku nih jenis kontrol anak la. Bukan apa,  risau dengan macam2 kes berlaku sekarang.

Monday, September 22, 2014

Reropok

Comel: Mummy, nak popok.
Mummy: Keropok la, bukan popok, ke-ro-pok.
Comel: Re-ro-pok (siap pelat R lagi)

Hahaha, adoi la anak 😂

Sunday, September 21, 2014

What my baby smells like today

Now my baby smells like lollipop. Hehe, sebab dia makan those small reddish grapes, kan...

Ceritalah Lagi 4

Aku dapat buku cerita pertama aku pada tahun 1985, rasanya la kot sebab masa tu aku blom sekolah lagi. Bonda yang bagi, of course duit Abah la kot.

Tajuknya Ceritalah Lagi 4, kompilasi cerpen & puisi, kulit keras warna oren. Punya seronok sampai hafal semua puisi dalam tu.

Bagus jugak kalo dapat koleksi semua jilid kan?

Wednesday, September 17, 2014

Fb stalker

Korang percaya tak apps yang katanya boleh tengok sapa yang view profile kita? Aku sampai ke sudah tak penah pecaya, tengok2 apps tu konfem scam, haha.

Ada satu kisah pasal fb stalker nih, ada sorang hamba Allah nih sakan dok cakap orang tu orang ni view profile dia. Aku pon tanya la camne dia tengok sebab aku sampai ke sudah kelebet tak pernah nampak pun senarai bende alah tu.

Rupa2nya mutual friend tu dia ingat senarai stalker profile dia, aku macam tatau la nak respon apa, nak gelak kang macam memperkecilkan keupayaan bahasa Inggeris dia. Itulah pentingnya english education, bak kata usop wilcha.

Nih fb versi dulu2 la, kan depan2 profile page ada display mutual friends kan? Adoi la, haha.

Saturday, September 13, 2014

Obat untuk tumit merekah

This really works!

Mula2 macam tak percaya, tapi nak cuba jugak sebab tumit nih dah merekah2 macam rock formation kat batu caves.

Aku buat 2x sukatan sebab bekas besar, tapi cukup untuk tenggelam tapak kaki, tak perlu rendam satu kaki sampai buku lali, I'll tell you why.

Lepas 10 minit tu, kaki aku kedut2 mengecut. Ada bau cuka tapi diatasi dengan bau listerine & tingling sensation, sebab tu jangan rendam satu kaki takut pedih pulak.

Bahagian tapak kaki yang kering tu rasa tebal semacam. Aku cuba gosok dengan shower mittens, tapi takde kesan. Aku cuba garu2 pulak tapak kaki dengan kuku, waaah banyaknya sel2 kulit mati bawah kuku! Gro-ooooo-ss~~~

Terus aku capai foot file, gosok punya gosok, haaa kau amik sel2 kulit mati setimbun macam garam kasar. Puas hati, puas hati sangat2!

Cuba la, pasti berhasil. Wpun tumit blom lagi selembut sutera, tapi much much better than before.

Breakfast potluck

Inilah hasil tepung bawang sardin yang aku buat pagi tadi. Oleh sebab bangun lambat kul 7am, potluck pulak mula kul 8.30am.

Dengan baru nak masak inti, uli doh, mengelim, menggoreng. Pastu bersiap & siapkan Comel lagi. Jawabnya kul 9.30am baru sampai rumah jiran. Huhu, tak menepati masa langsung.

Alhamdulillah jiran2 kata sedap, kawan2 puji kelim cantik.

Penipuan telefon

Ini sebenarnya penipuan melalui telefon, atau phone scam. Apesal la panjang nor bahasa Melayu nih eh?

Ok phone scam. Pendek kata jangan percaya apa yang si pemanggil cakap. Kalo dia bagi nombor telefon, sila double check & pastikan membuat panggilan ke pihak yang betul. Boleh rujuk laman web yang sah.

Wednesday, September 10, 2014

Catatan perjalanan?!

Macam diary pon ada, dia ingat tuntutan perjalanan nih macam catatan perjalanan kot? Ahaha, terhibur akak, tapi still tokleh sign yer, sila betulkan balik.

Ps: gambo amik dari perkongsian rangkaian sosial.

The origin of the blog name

Ok, maybe half of it. I love anything goreng berlada. But today I cooked petai goreng berlada. Petai dipotong empat segi, goreng garing & masukkan dalam precooked goreng berlada. Yummm, nasik bertambah uols. 


Owh, btw goreng berlada aku biasa masak banyak2 & freeze. Nak makan baru panaskan.

Dupe review: Potato chips

Dalam banyak2 kerepek kentang atau potato chip, yang pasti aku suka adalah dari Mr Potato, yang dalam beg tu ya. Yang dalam can tu, yang serupa Pringles tu aku kurang sikit. 

Sebenarnya aku dulu suka sangat Pringles, sour cream & onion. Seminggu satu can, haha. Tapi cukup satu masa aku tetiba kesedaran status halal, terus rasa was2. Tapi bila dah dapat cop halal Jakim, aku makan balik, tapi tak sesedap dulu la. Hnnn, I wonder... 

So sekarang aku suka potato chip yang dalam beg tu, brand Mr Potato sebab tebal. Brand lain nipis2 berminyak, aku tak minat, senang hancur & serbuk perasa lekat kat celah2 rekahan, berasa sangat.
Tadi aku singgah Giant. Aku terperasan brand nih, First Choice, Giant punya. Harga pun murah RM1.99 untuk 60g. Aku beli sepaket perasa bbq, cuba dulu. 


Hasilnya, sedap, rangup & tebal. Macam Mr Potato la. Perasa bbq tak pedas, hampir takde chips yang pecah. Chips saiz besar boleh tahan banyak, diameter 3 ruas jari. Kecik2 sikit jek. Boleh la beli brand nih jek pasnie, recommended. 

Tuesday, September 9, 2014

Donut

Comel upon seeing Mekdi.

Comel: Mummy, burger.
Mummy: We do not eat Mekdi anymore la, Sayang.
Comel: Donut? Yummm.
Mummy: No lah, not donut, DO NOT, do not eat.
Comel: Mummy, donut, eat donut, yes.

Haih, kena beli donut la pasnie...

Iphone6 vs ExperiaZ3 vs Note3

Tahan ledakan nuklear?! 2 dulang hati kuman?! Adeh, hahaha...

Taklik


Mungkin prop untuk filem/drama baru kot. Tapi kalo betul la kan, rasanya hari pertama kawen dah jatuh talak 3 dah. Pada aku la, kalo dah sampai ke tahap buat syarat gini, lelaki tu bukan untuk dikahwini.

Sunday, September 7, 2014

Cendawan & Penyediaan makanan untuk bayi #2


Nih aku masak sup kobis beijing dengan cendawan portobello, dia bagi sup tu warna gelap & rasa yang sedap.

Selain tu, white mushroom pun sedap. Masa Comel baby dulu, aku selalu boh dalam bubur. Cendawan, bawang besar & bawang putih dipotong, sautee dalam olive oil sampai lembut, pastu blend. trust me sedap giller sampai menjilat bekas blender tu. Masuk dalam oat pun sedap, isk teringat2 pulak.

Mainan anak murah #2 dan yang tak berapa nak murah juga

Pagi tadi dengan berkobar2nya aku siap awal nak pergi Toys R Us sale kat The Summit Subang. Pergi awal sebab takmo redah jem, nak dapat parking & takmo bersesak2 dengan orang ramai. Aku siap bawak bekal nugget ayam & epal, habit aku sejak dulu lagi memang suka bawak bekal makan, boleh la alas perut dalam kereta. Comel pulak siap sambung tido lagi.

Ini first time aku pergi The Summit. Punya la banyak tol lalu DUKE & NKVE, alhamdulillah perjalanan lancar, kereta pun tak banyak. Sempat lagi isi minyak sebab takut jem teruk ke kan nak balik nanti. Parking pun depan2 The Summit tu, kena RM10 ko hoho amekaw.

Sale tu amat mengecewakan, nampak gaya dorang memang tak restock barang. Memang tak ramai orang pagi2 tu, kedai pun tak bukak lagi. Asalnya aku target lego, duplo, vtec, fisher price ke. Banyak barang dah abes, lego pun tak besh langsung atau aku yang tak minat. Yang banyak & tersusun elok pun minions yang beratus2 rege dia, mak aih.

Sebab dah bayo tol & parking yang agak boleh tahan, aku ajak gak la Comel jalan2 situ. Sebab awal sangat & tak banyak kedai yang dah bukak, aku ajak Comel lunch kat Sushi King. Budak nih memang geng la dengan Mummy, memang peminat Sushi King & sungguh2 tu makan nasi pakai chopstick, jadik la wpun pakai dua tangan kan, haha. Mummy so proud of you, baru berjaya makan pakai chopstick pon, kalo grad tadika nanti camne la maknya...

Lepas makan, kitorang round2 la The Summit, masuk kedai Point B! kene pau stuffed cat RM29.90. Beriya pujuk Mummy sampai saleswoman kat situ sembang dengan aku sebab dia kata comel pulak tengok Comel pujuk aku nak beli patung kucing tu. Aku tau Comel memang peminat kucing, aku pun, tapi apa kan daya kami allergik dengan kucing.

Pastu masuk Popular, kene pau Animals flash card RM19.90. Sebelah tu pulak Mr DIY, masuk jugak, kene pau jigsaw puzzle bentuk lembu RM6.90 & loceng beskal RM1.50. Aku pun beli l3go nuclear submarine RM19.90.


Aku sebenarnya memang suka beli mainan untuk anak, terutama jenis puzzle nih. Kat MR DIY la tempat tumpuan aku, mainan dia murah2 & selalunya tak restock, jadik rajin2 la singgah tengok2 kalo ada mainan baru. Sebab rumah pun dekat dengan Aeon, aku rajin la menyinggah situ.

Contoh macam wooden puzzle bawah nih, yang zirafah tu lama dah beli, tahun lepas kot. Yang nih takde dah, kalo ada pun dia restock yang takde papan alas tu, ha kan special gitu ada alas dia. Yang nombor2 & 4 segi 3segi tu baru jek bulan lepas gitu. Yang lembu tu Comel amik tadi. Difficulty level macam payah la untuk budak bawah 3 tahun, tapi kita guide la dia selagi dia berminat kan. Tadi pun sebab lembu tu brand new, semangat la dia nak pasang. Aku tunjuk piece nih boh kat mana, sebut la huruf2 ABC tu, warna block tu. Owh, yang jigsaw puzzle nih ada dua belah, satu print A-Z, belah satu lagi 1-26. Warna warni boleh budak2 kenal warna kan. Yang puzzle nombor2 0-9 tu pun Comel semangat nak main dah katanya baru kan. Alhamdulillah, selain bentuk & warna, dia pun dah kenal nombor, cuma nombor 0 jek dia tak berapa kenal sebab jarang guna kan, ada pun 10 jek la kan.

Wooden puzzles
Flash card nih pulak ada 15 keping, double sided so ada 30 gambar. Comel pilih tema Animals, maknya ngikut jek la. Macam biasa mainan baru mesti semangat kan & Comel dapat mengenalpasti semua binatang2 tersebut kecuali 3 jek: snail, goat (yang selalu tertukar dengan sheep) & lizard. Pasnie Mummy kene kurang2 sikit membasmi cicak supaya anak lebih kenal erti cicak.


Flash card nih pun bukan sebarang flash card, boleh pull apart & reveals a text inside. Ada yang isinya pasal bunyi binatang, ada pasal perbuatan, contohnya kanggaroo hops, gitu la basic2 jek untuk budak2 kan.

Bukan flash card biasa
Comel pulak nampaknya minat sangat dengan duckling nih, katanya Ming Ming, wonderpets la tu. Nampak kan association yang budak2 buat nih? Jadi jangan sangka dorang tengok tv tu takde faedah, cuma kena pandai2 pilih rancangan la yer.

So pasal sale tu memang aku tak beli apa2 la, lain pulak yang dibeli. Akhir kata juga, sblom balik kene pau Chatime signature pearl milk tea, ala maknya pon share sekali. Itu pun sikit tumpah sebab co-pilot naik2 kete jek tertido.

Sale Toys R Us katanya tak berapa besh kalo dibandingkan dengan Mattel warehouse sale, tu banyak kali dah aku miss. Tapi saje je kan nak merasa, haha merasa sangat ko, tak pegi lagi dah pasnie kot, haha...

BPM Bowling 6 Sept 2014

5 dari 6 bergambar dulu, si Kecik yang bawak itik tu bukan peserta yer, penyibuk lagi ada haha ya ampun
Ofis aku atau sebenarnya Kelab kat ofis aku yang menganjurkan pertandingan bowling nih kat bowling Wangsa Walk. Sebagai AJK jugak, ada la nolong sikit2, hehe. Aku pun tahun nih la dapat join, Comel kan dah besar sikit jadik boleh la dia duduk setempat ditemani tablet.

Gini la nasib mak2, sampai bila2 pon tokleh wakil negara, ahaks alasan ya ampun
Budak kedekut, jangan harap la ko nak kongsi tablet dengan dia
Haha, ye la duduk setempat kan. Ada satu kali tu aku nak buat balingan ke-2, boleh pula dia nak dukung. Aku pun baling jek la sampai dukung anak. Ke longkang la jawabnya, hahaha...

Tengok tu, memang tak reti dok diam

Markah pulak, 1st game dapat 77 pins. 2nd game 91 pins, itu pun satu kali sumbangan dari kolig sebab aku pergi beli Chatime untuk Comel, ingatkan sempat la kan. Ala main untuk suka2 jek kan.

Tangan aku kan ada simptom2 karpal tunnel. Tapi akhir2 nih dah makin ok, wpun tak la sekuat dulu kan. Masa awal2 tu nak angkat kitab pun tak larat, sekarang dah ok sikit. Jadik kena la hati2, inilah tangan carik rezeki & suap rezeki juga. Siap2 la pakai wrist brace, alhamdulillah takde kecederaan sepanjang perlawanan, eceh perlawanan ke longkang lagi ada, harq harq.

Boss pon join, terima kasih juga sebab menaja separuh yuran
Game memang seronok, Unit kitorang hantar 2 team, boss pun main sekali, semua sporting abes la. Sampai hari nih pun aku cuma lenguh kaki kiri jek, masa game tu pun aku pakai tights 2xu, ye la dah lama giller tak main kan, kang terkehel aku jugak yang susah sorang2, huhu.

Peserta bowling dapat goodies bag
Acara berjalan lancar, aku sampai pun awal, paling awal. Tapi sebab tertinggal henpon, aku balik dulu & bila datang balik, kengkawan pun ramai dah sampai. Masa aku sampai kali pertama tu, Comel tersedar dari tido & moody sampai takmo pakai kasut. Sekali dia perasan kawasan parking tu dekat dengan Wangsa Walk, terus dia sebut "white air, horse". Maksudnya signature pearl milk tea Chatime & kuda carousel kat tempat game di aras yang sama. Terus mood baik ok & beri kerjasama, hai la anak.


Makanan pun ok2, ada coklat yang Comel sakan la ngabiskan. Pasal makan tu asal ada brekfes la kan, lunch tu kitorang memenuhi jemputan kolig, Kak Ah yang akan menunaikan haji tak lama lagi. Tempatnya di Ti Food Corner, dekat2 situ jugak.


Makanan situ superb la, paling terboek ada ulam, ikan bulus kering & sambal tumis udang petai. Pisang goreng dia pun rangup. Menurut kata bf kepada kolig aku, harga dia boleh tahan jugak. Tapi kira ok la sebab portion besar, ayam dia pun besar & makanan boleh tahan sedap. Kitorang pun setuju, kalo harga bawah sikit dari market price, tapi ayam sejoreng kecik jek, ikan pun besar sikit dari ikan bulus kering tu, baik aku makan yang harga sikit mahal tapi puas hati kenyang.

Majlis dimulakan dengan doa selamat yang aku percaya dari ahli masjid terdekat keluarga tuan2 rumah. Yang leading juga nampak masih muda, tapi sedap suara & lancar bacaannya, mesti lulusan sekolah agama nih.

Nanti Mummy dah tua jangan segan suap Mummy yer :sedih:
Aku & Comel balik dengan perut yang kenyang, siap dapat door gift dari tuan rumah pulak, sejadah dalam paper bag, alhamdulillah. Buat susah2 jek tuan2 rumah nih, dah berbelanja untuk haji, jamu kami makan, dapat door gift pula. Semoga murah rezeki tuan2 rumah & mendapat haji yang mabrur, insyaa Allah.

Dapat lagi goodie bag, alhamdulillah rezeki
Ps: Gambo2 dari koleksi sendiri, fb koligs & blog novaleeza.blogspot.com

Friday, September 5, 2014

Taman bunga


Aku jumpa gambo nih kat facebook. Cantik kan? Dah macam taman bunga.

Dulu aku banyak donlod crochet pattern dari mypicot.com. Pattern bunga dia sangat merveles, kunun nak buat hiasan dulang hantaran dengan bunga crochet la, tapi apa kan daya aku pemalas, benang dah berketul2 borong kat Minlon.

Sekarang nih website mypicot tu macam aku tak berapa nak faham la. Macam dia dah tak boh free pattern, klik klik tak jumpa, ke aku yang tak reti.

Wednesday, September 3, 2014

Cara menyimpan benang kait

Simpan2 la botol 1.5L, boleh guna untuk simpan benang kait. Takde la tergolek2 sana sini pastu bersimpul2 kan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...